Kami daripada TD Media sedang mencari individu yang suka berkongsi dan menulis artikel berkaitan dengan sains, perubatan, kemahiran hidup dan juga berkenaan agama islam.

Objektik kami adalah untuk memberi manfaat kepada segenap masyarakat dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat dari anda.

Kami mempunyai 3 laman website dan Facebook page yang anda boleh menyumbang iaitu:

  • Root of Science
  • The Diagnosa
  • Aku Muslim

Jika anda seorang yang gemar menulis, ingin mencuba sesuatu yang baru dan yang paling pentingnya ingin memberi manfaat kepada masyarakat, maka anda layak untuk menyertai kami.

Penulisan kami adalah lebih kepada penerangan kepada masyarakat biasa diluar sana. Akan tetapi perlulah penulisan tersebut memenuhi syarat-syarat ini agar keasliannya dan mutunya terpelihara.

  • Artikel perlu melebihi 600 patah perkataan (Tidak termasuk sumber rujukan)
  • Perlu menggunakan bahasa yang mudah
  • Jika ada istilah saintifik yang digunakan, istilah tersebut perlu diterangkan dengan bahasa yang mudah
  • Perlu mengandungi subtopik untuk memudahkan pembacaan pembaca
  • Menggunakan medium bahasa melayu
  • Dilarang untuk meniru artikel penulis lain
  • Dilarang menggunakan alat terjemah seperti ‘Google translate’ jika artikel tersebut diambil daripada laman web lain.

Isi borang dibawah ini jika anda berminat untuk menjadi penulis kami:

Pembayaran

Setiap artikel akan diberikan imbuhan sebanyak RM20.

Kami mengetahui bahawa imbuhan ini bukanlah kadar pembayaran yang sepatutnya diterima oleh anda kerana kepakaran yang anda ada adalah sesuatu yang lebih mahal.

Tetapi ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada penulis untuk berterusan menyumbang artikel ke laman kami.

Pihak TD Media mungkin memerlukan beberapa hari untuk memproses artikel yang dihantar. Selepas itu, barulah penulis akan dibayar dengan kadar di atas.

Hak Cipta

Dari segi hakcipta, ia lebih kepada partial copyright. Kami mempunyai hak untuk menerbitkan ia dalam bentuk digital sahaja iaitu dalam Laman web kami. Pihak TD MEdia juga tidak akan membuang artikel daripada laman web kami tanpa sebab yang kukuh.

Nama penulis artikel akan diletakkan di dalam artikel yang ditulis.

Penulis mempunyai hak untuk membukukan penulisan yang dibuat dalam website ini.

Jika pihak TD Media ingin membuat buku hasil daripada penulisan anda, maka kami akan berbincang dengan penulis terlebih dahulu untuk tujuan kebenaran dan juga perbincangan berkenaan royalti.

Akhir kata

Terima kasih kerana sudi menjadi penulis kami